Please rotate your device

Loading

×
1 / 5
2 / 5
3 / 5
4 / 5
5 / 5
×

Manufacturing & Industrial

Ohnice Home

Selangor

Overview

Ohnice Home menyediakan solusi terkemuka dalam penghasilan kabinet hiasan dalaman tersuai (custom-made) yang berkualiti dengan reka bentuk inovatif. Ohnice Home dimiliki oleh Radz Creative Home iaitu sebuah perniagaan yang menumpukan pembuatan kabinet tersuai sejak 2007.

Bermula sebagai perniagaan kecil di Puchong, Selangor, kami telah muncul sebagai perintis dalam industri pembuatan kabinet di seluruh Lembah Klang dan kini telah mengembangkan operasi kami ke seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Ohnice Home mengutamakan rekaan kabinet yang praktikal dengan dilengkapi ruang penyimpanan efisien. Oleh itu, rekaan yang terhasil bukan sekadar cantik dan memenuhi kehendak pelanggan malah juga akan memaksimakan fungsi setiap ruang dalam kediaman anda.

Kami mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menghasilkan kabinet hiasan dalaman merangkumi kabinet dapur, almari pakaian, kabinet TV, kabinet kasut, katil platform, meja belajar dan pelbagai kabinet tersuai yang lain. Segala proses pembuatan kabinet dijalankan di kilang kami yang dilengkapi mesin berteknologi tinggi dan peralatan canggih bagi menjamin kekemasan sesuatu produk. Perkhidmatan kami semakin menjadi pilihan pelanggan kerana hasil kerja yang teliti dan sempurna.

Miliki design idaman anda sama ada minimalis, kontemporari moden mahupun klasik dari pelbagai bahan dengan variasi warna dan corak mengikut citarasa anda. Kami menghasilkan kabinet daripada bahan berkualiti tinggi yang terdiri daripada kayu, kaca, aluminium atau bahan kalis air supaya kabinet yang dipasang bertahan lama dengan penjagaan yang minimum.

Kami percaya bahawa kabinet tersuai telah menjadi salah satu keperluan bagi setiap orang yang mengimpikan kehidupan yang lebih teratur, selesa dan tenang di kediaman mereka. Maka, nikmatilah kabinet idaman anda di Ohnice Home dengan harga mampu milik.

Kami memberikan konsultasi percuma kepada anda dengan perjalanan yang lancar dan menyenangkan dari awal sehingga akhir projek.

Kepakaran kami melangkaui rumah kediaman, dengan menawarkan perkhidmatan di ruang pejabat, kafe dan kedai dengan memastikan setiap ruang komersial juga dapat mencapai persekitaran yang teratur dan bergaya. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan kontraktor dan pereka dalaman untuk mencipta ruang yang luar biasa bersama-sama.

Dengan reputasi kukuh dalam bidang ini, Ohnice Home berhasrat untuk terus menjadi pilihan utama dan komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi kepuasan pelanggan bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang perniagaan kami.

Hubungi Ohnice Home hari ini mendapatkan gabungan kabinet tersuai yang cantik, praktikal dan mampu milik!

Rate The Directory

Fill in the details to review. Your email address will not be published.

Review

0 Review(s)

Be the first to review.